Dua beranak maut motosikal terbabas

Tangkap layar video tular nahas motosikal mengorbankan seorang wanita dan anak lelakinya di Pantai Remis pada Sabtu.
Tangkap layar video tular nahas motosikal mengorbankan seorang wanita dan anak lelakinya di Pantai Remis pada Sabtu.
A
A
A

MANJUNG - Dua beranak maut apabila motosikal yang ditunggangi terbabas di Jalan Huntly Kampung Sungai Batu dekat Pantai Remis di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam itu, Hoo Suet Yi, 33, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara, anak lelakinya, Chan Jun Jie, 10, meninggal dunia ketika menerima rawatan di klinik.

Difahamkan, kejadian berlaku semasa kedua-duanya dalam perjalanan pulang selepas menghadiri program di sebuah tokong berhampiran.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Vario dari arah pekan Pantai Remis menuju ke Kampung Baru Sungai Batu.

"Tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik yang terletak di bahu kiri jalan," katanya dalam kenyataan di sinim

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu agar menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nur Syafiqah Baharudin di talian 05-6899072.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Dua beranak maut dalam kemalangan motosikal di Jalan Huntly Kampung Sungai Batu dekat Pantai Remis
  • Hoo Suet Yi meninggal di tempat kejadian, anaknya meninggal di klinik
  • Kedua-duanya pulang dari program di tokong berhampiran semasa kejadian
  • Motosikal hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!