Inovasi AI ke persada pendidikan dan perniagaan, Arvia terima pengiktirafan MD

Ketua Pegawai Eksekutif Arvia Solutions, Nurul Ain Mohamad Khdri (kiri) menerima pengiktirafan penganugerahan Status Malaysia Digital yang disampaikan wakil MDEC, Aizat Hashim, pada Khamis.
Ketua Pegawai Eksekutif Arvia Solutions, Nurul Ain Mohamad Khdri (kiri) menerima pengiktirafan penganugerahan Status Malaysia Digital yang disampaikan wakil MDEC, Aizat Hashim, pada Khamis.
A
A
A

 

PUTRAJAYA - Syarikat teknologi tempatan, Arvia Solutions Sdn Bhd (Arvia) melakar pencapaian baharu apabila menerima pengiktirafan rasmi sebagai syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Anugerah itu membuktikan komitmen entiti lokal tersebut dalam menerajui transformasi digital negara melalui integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penyelesaian perniagaan dan pendidikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Arvia Solutions, Nurul Ain Mohamad Khdri berkata, penganugerahan status MD berkenaan merupakan satu detik cukup bersejarah buat Arvia.

“Ia mengukuhkan lagi peranan kami sebagai peneraju teknologi tempatan dalam menggalakkan penggunaan digital di sektor perniagaan dan pendidikan.

“Dengan pengenalan perisian pengurusan perniagaan yang dilengkapi teknologi AI, Bizcore dan papan pintar AI pertama di Malaysia, Arvia AI Smartboard, kami melangkah ke hadapan untuk memperkasakan organisasi, pendidik serta pelajar dalam menghadapi era digital,” katanya.

Nurul Ain (tiga dari kiri) dan wakil MDEC, Aizat Hashim (tiga dari kanan) merakam kenangan bersama pasukan Arvia Solutions.
Nurul Ain (tiga dari kiri) dan wakil MDEC, Aizat Hashim (tiga dari kanan) merakam kenangan bersama pasukan Arvia Solutions.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian pada majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Wilayah Persekutuan, Amrul Faizal Masruddin di Putrajaya pada Khamis.

Dalam program bersejarah itu, Arvia turut memperkenalkan inovasi Bizcore yang membolehkan peniaga mematuhi keperluan e-Invois Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan mudah.

Selain dapat mengurangkan kerumitan urusan pentadbiran melalui automasi pintar, Bizcore juga menggunakan AI yang berhubung terus dengan aplikasi WhatsApp untuk melayani pertanyaan pelanggan, membuat susulan dan mengurus komunikasi harian secara automatik.

Nurul Ain (kanan) menyampaikan plak penghargaan kepada wakil MDEC, Aizat Hashim sempena program.
Nurul Ain (kanan) menyampaikan plak penghargaan kepada wakil MDEC, Aizat Hashim sempena program.

Dengan ciri-ciri canggih tersebut, perisian berkenaan bukan sahaja memastikan pematuhan undang-undang, malah meningkatkan produktiviti syarikat dan mengukuhkan pengalaman pelanggan.

Pada masa sama, Arvia AI Smartboard turut dilancarkan sebagai alat pengajaran dan kolaborasi inovatif yang mampu menyokong perubahan persekitaran pembelajaran yang lebih interaktif, kreatif serta bersedia untuk masa depan.

Tetamu bersama jemputan VVIP merakam kenangan bersama sempena program.
Tetamu bersama jemputan VVIP merakam kenangan bersama sempena program.

Lengkap dengan kamera 4K AI untuk sesi mesyuarat, pembantu virtual yang boleh mencatat minit secara automatik, ditambah ciri sofistikated lain yang membolehkan sesi pembelajaran dan pengajaran lebih menarik.

Pendekatan itu seiring dengan saranan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan bahawa AI dalam pendidikan perlu diterapkan sejak peringkat awal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!