Madinah, Jeddah diumum 16 bandar paling sihat di dunia

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Jeddah dan Madinah sebagai dua daripada 16 bandar paling sihat di dunia, menurut laporan Saudi Gazette.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata, pencapaian ini hasil pelaksanaan lebih 80 kriteria penilaian antarabangsa meliputi kesihatan, pembangunan dan kelestarian dengan kerjasama kerajaan dan komuniti.
Selain itu, penyelidikan Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan Raja Faisal (KFSHRC) mengenai pemindahan hati menggunakan robot, diiktiraf sebagai antara 10 kajian paling berpengaruh 2024 oleh Persatuan Pemindahan Organ Amerika.
Tujuh hospital Arab Saudi turut tersenarai dalam laporan Global Top 250 Hospitals 2025 oleh Brand Finance, membuktikan kekuatan infrastruktur kesihatan dan komitmen negara itu terhadap penjagaan kesihatan berkualiti.
Pencapaian ini sejajar dengan Wawasan Saudi 2030, sekali gus mengukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai hab serantau dan destinasi global dalam penjagaan kesihatan termaju.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!