Sembur aerosol sebelum mula sesi persekolahan 2019

Iklan
Dr Mohd Jusoh

KUALA TERENGGANU - Pihak sekolah dinasihatkan membuat semburan aerosol pembunuh nyamuk di setiap bilik yang akan digunakan pada awal pagi hari pertama persekolahan.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh berkata, ia sebagai langkah proaktif bagi mengelak penularan wabak denggi.

Iklan
Iklan

"Sempena tahun baharu persekolahan 2019, pihak sekolah dinasihatkan membuat semburan aerosol pembunuh nyamuk di semua bilik yang akan digunakan.

"Semburan perlu dibuat pada awal pagi hari pertama persekolahan sebelum murid masuk ke kelas," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Iklan

Beliau turut menasihatkan setiap individu untuk segera ke hospital atau klinik berdekatan jika mengalami tanda dan gejala demam denggi.

Langkah itu bagi membolehkan rawatan segera diberikan dan tindakan kawalan untuk memutuskan rangkaian jangkitan.

Iklan

Dalam perkembangan sama, masyarakat perlu menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal dan membuang sampah di tempat disediakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk membersihkan kawasan luar dan dalam rumah luar serta membuang bekas yang berpotensi menakung air termasuk bekas makanan dan minuman haiwan ternakan.

"Penduduk berdekatan dengan pantai pula perlu peka dengan kehadiran tempurung terbiar yang boleh menakung air hujan,” katanya.

Selain itu, langkah lain yang perlu dilakukan ialah penggunaan racun jentik-jentik, menutup atau menimbus telaga terbiar, gotong royong dan mewujudkan jawatankuasa Communication for Behavioural Impact (COMBI) di setiap kampung atau kawasan perumahan masing-masing bagi memastikan lokaliti bebas denggi.

Sebarang kemusykilan berkaitan denggi boleh diperoleh menerusi klinik kesihatan berhampiran atau laman web Kementerian Kesihatan Malaysia di http://www.moh.gov.my.